Innalilahi, Khabar Pilu Dari penyanyi Populer Faizal Tahir Telah Meninggal Dunia Si...(Baca Artikel Penuh) - Sinar malaysia Selamat Datang!

Sabtu, 20 Mei 2023


 KUALA LUMPUR: Bapa kepada penyanyi Faizal Tahir dan penyampai radio, Anas Tahir, Dr Mohd Tahir Abdul Rahman, 71, menghembuskan nafas terakhir akibat komplikasi jantung di Hospital UiTM Sungai Buloh, di sini, jam 3.40 pagi ini.

Berita pemergian Ahli Lembaga Pemegang Amanah Pertubuhan Humanitarian Care Malaysia (MyCare) itu dikongsi oleh seorang pengguna Facebook, Hafidz Mohd Noor, sebentar tadi.

"Pagi yang berdukacita untuk dunia kemanusiaan. Kami menerima berita pemergian Ali Lembaga Pemegang Amanah MyCare, Dr Mohd Tahir Abdul Rahman pada pagi ini.

"Allahyarham meninggal dunia pada jam 3.40 pagi akibat komplikasi jantung.


"Seluruh warga MyCare mengucapkan salam takziah kepada ahli keluarga atas kehilangan Allahyarham," tulisnya.

Sementara itu, Anas ketika mengesahkan berita itu turut memaklumkan jenazah bapanya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bandar Puncak Alam.

"Jenazah arwah akan disolatkan dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bandar Puncak Alam, hari ini.

"Selepas itu, kami akan mengadakan tahlil ringkas di Masjid Puncak Alam," katanya ketika dihubungi BH Online.

Anas memuatkan naik hantaran memaparkan gambar arwah bapanya dalam Instagram.
Anas memuatkan naik hantaran memaparkan gambar arwah bapanya dalam Instagram.

Khabar duka itu turut dikongsi Anas menerusi sebuah hantaran yang memaparkan gambar arwah bapanya dalam laman di Instagram (IG).

"Thank you Allah. Thank you for everything. Thank you abah. We love you so much. Innalillahwainnailaihiroji'un.

"5.5.1950 – 28.9.2021. 17 Rejab 1367H - 21 Safar 1443H," kongsi Anas.

Sementara itu, Faizal turut memuat naik hantaran dalam IG yang memaparkan foto warna hitam sebagai tanda berkabung atas pemergian insan yang amat disayanginya itu.

"Innalillahwainnailaihiroji'un," luah Faizal ringkas.

Perkongsian penyanyi lagu Sampai Syurga itu mendapat perhatian pengikut dan rakan selebriti apabila turut mengucapkan takziah dan mendoakan Faizal dan ahli keluarga tabah menghadapi ujian itu.