2 cikgu sekolah memandu maut tersepit, kereta bertembung lori - Sinar malaysia Selamat Datang!

Jumaat, 9 Jun 2023


BALING – Dua pengajar latihan memandu maut selepas kereta Perodua Viva yang dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori jenis Isuzu di Jalan Baru Baling – Kupang, hari ini.

Mangsa yang maut dikenali sebagai Muhammad Hanis Fahmi Abu Bakar, 23, dan Muhamad Firdaus Z Rosli, 36.

Kedua-dua mangsa mengalami kecederaan di muka serta badan.

Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Shamsudin Mamat berkata, pada jam 1.02 petang, anggotanya yang bertugas di pejabat pertanyaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Baling menerima maklumat daripada orang awam memaklumkan berlaku kemalangan maut membabitkan sebuah lori dengan sebuah sebuah kereta di Jalan Baru Baling-Kupang.

Beliau berkata, siasatan awal di tempat kejadian mendapati lori terbabit dari arah Charok Nau menghala ke Kuala Ketil.

“Apabila sampai di tempat kejadian, kereta Perodua Viva yang datang dari arah bertentangan dipercayai hilang kawalan lalu berpusing masuk ke laluan lori dan berlanggar di bahagian hadapan kenderaan itu.

“Selepas itu, Perodua Viva itu terbabas masuk ke dalam longkang di tepi jalan arah ke Kupang.