Jenazah Muhammad Zikry kebumi di Kampung Terang petang ini
GEORGE TOWN – Jenazah penunggang motosikal yang m@ut dalam kemalangan akibat kejadian ribut di Lebuh Raya Tun Dr. Lim Chong Eu awal pagi tadi akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Kampung Terang, Balik Pulau petang ini.
Muhammad Wafiq Zikry Mohd. Farid Amirol Shah, 18, dis@hkan meninggal dunia di tempat kejadian selepas motosikal jenis Yamaha LC 135 yang ditunggangnya dipercayai dihempap pokok ru kira-kira pukul 1.15 pagi tadi.
Difahamkan, jenazah anak kedua daripada dua beradik itu akan dikebumikan selepas solat asar sejurus bedah siasat ke atasnya yang dilakukan di Hospital Pulau Pinang (HPP) selesai tadi.
“Saya dimaklumkan bapanya yang m@ngsa ke Padang Kota dan kejadian berlaku ketika puting beliung