Khabar Duka, Pelakon Veteran Filem "Bukit Kepong" `Shamsudin Baslah` Meninggal Dunia. Al Fatihah
KUALA LUMPUR: Pelakon veteran, Shamsudin Baslah, 74, meninggal dunia di Hospital Tanjung Karang, Selangor, akibat sakit tua, pada jam 5.30 petang tadi.
Pengerusi Persatuan Pembangunan Wanita Kuala Selangor, Sarah Samsuri, berkata Allahyarham dikejarkan ke hospital selepas didapati tenat, tengah hari tadi.
"Arwah tiada penyakit cuma buang air kecil melalui tiub dan tidak boleh bersuara. Sebenarnya, sudah dua hingga tiga hari keadaan arwah tidak berapa baik.
"Kami mendapat tahu, arwah tenat tengah hari tadi, lalu dibawa ke hospital," katanya kepada MStar Semasa.
Aktif sejak era 1980-an, arwah dikenali melalui lakonan dalam filem Bukit Kepong pada 1981, Penentuan (1982) dan Bila Hati Telah Retak (1983).
Selain berlakon, arwah juga menggalas tugas pengarah dan penerbit.
Sarah berkata, jenazah akan dibawa ke Pusat Jagaan Orang Tua Selangor Relief Agency (SRA), Sekinchan, sebaik selesai ujian pengesanan COVID-19 dan sebagainya, esok.
"Lokasi jenazah bakal dikebumikan belum diputuskan. Kemungkinan jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Teluk Piai," katanya.
Difahamkan, Shamsudin ditempatkan di Pusat Jagaan Warga Tua SRA oleh isteri keempatnya, sejak setahun lalu.
Sarah berkata, kos penginapan arwah di pusat jagaan itu ditanggung Lembaga Zakat Selangor.
"Lembaga Zakat Selangor menyalurkan kira-kira RM800 setiap bulan. Namun, kos itu tidak mencukupi untuk seorang pesakit.
"Arwah memiliki anak, namun, tiada butiran lanjut diperoleh. Namun, anak lelaki daripada perkahwinan keempatnya sering menziarah arwah.
"Keluarganya sudah dimaklumkan mengenai pemergian arwah," katanya.
Menurut Sharil, Allahyarham sebelum ini ada menyatakan hasrat untuk berjumpa pelakon, pengarah dan penerbit filem iaitu Datuk Yusof Haslam.
“Dua minggu lalu, arwah cerita pada saya yang dia nak sangat berjumpa dengan Datuk Yusof Haslam. Jadi, saya maklumkan perkara itu kepada pelawak Ebby Yus dan kebetulan dia ada datang ke pusat jagaan saya untuk menziarahi arwah. Walaupun arwah sudah tiada, saya akan pastikan hasratnya untuk bertemu Datuk Yusof Haslam tertunai,” katanya.
Dalam pada itu, Sharil berkata arwah merupakan seorang individu yang periang dan disayangi penghuni serta staf pusat jagaan itu. Difahamkan, Shamsudin ditempatkan di Pusat Jagaan Warga Tua SRA oleh isteri keempatnya, sejak setahun lalu dan kos penginapan arwah di pusat jagaan itu ditanggung Lembaga Zakat Selangor.
Sarah berkata, kos penginapan arwah di pusat jagaan itu ditanggung Lembaga Zakat Selangor: “Lembaga Zakat Selangor menyalurkan kira-kira RM800 setiap bulan. Namun, kos itu tidak mencukupi untuk seorang pesakit.
“Arwah memiliki anak, namun, tiada butiran lanjut diperoleh. Namun, anak lelaki daripada perkahwinan keempatnya sering menziarah arwah. Keluarganya sudah dimaklumkan mengenai pemergian arwah,” ujarnya.
Sharil turut memaklumkan jenazah Allahyarham telah dibawa ke pusat jagaan terbabit untuk dimandikan dan dikafankan sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Paya Jaras, Sungai Buloh.
“Selepas diuruskan, jenazah dijangka akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Paya Jaras, Sungai Buloh,” maklum Sharil ketika dihubungi.
Allahyarham yang aktif sejak era 1980-an dikenali melalui lakonan dalam filem ‘Bukit Kepong’ pada 1981, ‘Penentuan’ (1982) dan ‘Bila Hati Telah Retak’ (1983). Selain berlakon, arwah juga menggalas tugas pengarah dan penerbit.-mSTAR