Seniwati Sharifah Aminah meninggal dunia 6.40 pagi tadi. - Sinar malaysia Selamat Datang!

Ahad, 11 Jun 2023

PETALING JAYA – Seniwati terkenal era 1960-an, Sharifah Aminah Syed Abdullah menghembuskan nafas terakhir pada usia 76 tahun di Hospital Kajang, pukul 6.40 pagi tadi.

Anak sulungnya, Wan Monaliza Jamali berkata, ibunya yang terlantar dalam keadaan koma separuh sedar sejak tiga tahun lalu dibawa ke hospital selepas mengalami sesak nafas sekitar pukul 8 malam tadi.

“Ketika awal Syawal, keadaan emak macam biasa. Kalau dipanggil dia macam selalu, pandang atau mengelipkan mata. Cuma kami pun tak tahu dia sedar atau tidak dengan situasi di sekelilingnya.

“Minum susu pun macam selalu. Namun beberapa hari ini emak seakan-akan bagi tanda nak pergi tinggalkan kami. Ketika itu saya tak mahu melayan sangat perasaan.

“Sampailah malam tadi emak tiba-tiba sesak nafas. Terus saya panggil ambulans. Apa pun kami reda. Doakan emak kami ditempatkan dalam mereka yang beramal soleh,” katanya kepada Kosmo! Online.

Allahyarham meninggalkan dua