Suami isteri m@ut nahas Myvi, treler simen
GERIK – Sepasang suami isteri m@ut manakala tiga anak mereka cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah treler di Kilometer 16.9, Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli, di sini hari ini.
Dalam kejadian sekitar pukul 1 petang itu, m@ngsa dikenali sebagai Mohamad Nasir, 51, memandu kereta jenis Perodua Myvi dan isteri, Rohaya Harun, 46, yang duduk di bahagian penumpang hadapan m@ut di tempat kejadian.
Difahamkan, kejadian berlaku ketika lima beranak itu dalam perjalanan dari Perlis ke Kelantan.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gerik, Mohd. Azizan Aziz berkata, sepasukan anggota dari BBP Gerik diatur gerak ke lokasi kejadian selepas menerima maklumat kemalanmgan pada pukul 1.10 petang membabitkan kereta Perodua Myvi dan sebuah treler muatan simen.
“Terdapat enam m@ngsa terlibat dalam n@has itu dan dua daripada mereka disahkan m@ut di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan.
“Kedua-dua m@ngsa tidak tersepit, anggota membawa keluar m@yat mereka dan menyerahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. Operasi tamat pada pukul 2.45 petang,” katanya.-KOSMO! ONLINE
24 Jun 2023, 4:34 pm