Wanita m@ut selepas kereta dirempuh lori - Sinar malaysia Selamat Datang!

Sabtu, 10 Jun 2023

 Wanita m@ut selepas kereta dirempuh lori



Kuching: Seorang lagi m@ngsa m@ut dalam kemalangan jalan raya di Jalan Sibu-Bintulu, hari ini, selepas lima m@ngsa m@ut di laluan sama, semalam.


Dalam kejadian jam 6.50 pagi, seorang wanita m@ut selepas kereta dinaiki dirempuh lori tangki dari belakang di Batu 31, Jalan Sibu-Bintulu.


Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, m@ngsa yang belum dikenal pasti identiti disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.


Beliau berkata, pemandu kereta Proton Saga serta seorang penumpang kereta berkenaan cedera p@rah manakala pemandu lori tangki tidak mengalami kecederaan.


"Bomba menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 6.57 pagi dan enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selangau dikerah ke lokasi.


"Setibanya di lokasi, komander operasi melaporkan kemalangan membabitkan sebuah lori tangki dan sebuah kereta Proton Saga yang bergerak dari arah sama.


"Lori tangki itu merempuh belakang kereta yang dinaiki tiga wanita yang sedang membelok ke simpang Rumah Panjang Bugau," katanya dalam kenyataan, hari ini.


Menurutnya, m@ngsa m@ut adalah penumpang yang duduk di bahagian belakang kereta Proton Saga itu.


"Dua lagi m@ngsa yang cedera parah termasuk pemandu kereta itu dikejarkan ke Klinik Kesihatan Sekuau untuk rawatan lanjut," katanya.


Semalam, lima m@ngsa termasuk seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun m@ut dalam kemalangan membabitkan dua kereta di Batu 40, Jalan Sibu-Bintulu. - Harian Metro


Disiarkan pada: Jun 6, 2023 @ 2:08pm


🎥 : Media Sosial