Profil

Guru Wanita Maut Dalam Kemalangan Libatkan Lori di Pontian

Table of Contents
Guru Wanita Maut Dalam Kemalangan Libatkan Lori di Pontian

Terbitan ikbm pada 15 Apr 2026: 3.58 petang
Pontian– Seorang guru wanita yang bertugas di SMK Dato Mohd Yunos Sulaiman, di pekan Nanas berusia 37 tahun maut dalam satu kemalangan jalan raya melibatkan sebuah kereta dan lori di KM 2.2 Jalan Sri Menanti–Parit Sikom, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Pontian, Superintenden Hadzrat Hussien Mion Hussain dalam kenyataannya hasil
Siasatan awal mendapati kejadian berlaku kira-kira jam 4 petang apabila kereta jenis Toyota Vios yang dipandu mangsa keluar dari simpang Parit Basilam sebelum bertembung dengan sebuah lori jenis Isuzu.

Akibat pelanggaran tersebut, mangsa mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Pontian. Pemandu lori pula dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Pihak polis telah menahan pemandu lori bagi membantu siasatan dan kenderaan terlibat turut disita. Ujian saringan awal air kencing ke atas pemandu lori didapati negatif.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi pihak polis.

#allfollowerseveryone #kemalangan #kemalanganjalanraya #KemalanganMaut #pekannanas #pontian 
Info Kemalangan & Bencana Malaysia

Catat Ulasan